PUSAT KECEMERLANGAN

MEMACU KECEMERLANGAN BERSAMA

Pusat Kecemerlangan bertempat di tingkat 12, Wisma BERNAMA. Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyediakan program latihan yang berkaitan dengan kakitangan BERNAMA dan juga agensi-agensi kerajaan mahupun syarikat korporat. Bahagian ini juga menguruskan permohonan para pelajar IPTA dan IPTS untuk menjalankan latihan industri di organisasi ini.

KURSUS BSJ / DALAMAN

K_DH
DIBUKA KUOTA : 5 21 Julai 2025

KURSUS 'CRIMES STORIES: TURNING CASES INTO HEADLINES'

Sasaran peserta adalah Pegawai Berita, Wartawan & Wartawan Penyiaran. Objektif kursus ini ialah meningkatkan kemahiran peserta dalam menukarkan data berkaitan jenayah kepada laporan berita yang padat, tepat dan menarik, melalui penguasaan teknik penyaringan maklumat, analisis trend jenayah, penceritaan berdasarkan fakta dan visualisasi data — agar setiap liputan bukan sahaja berasaskan angka, tetapi mampu membina naratif yang memberi impak kepada masyarakat serta mematuhi prinsip kewartawanan beretika dan bertanggungjawab.

DAFTAR KURSUS
K_DS
DIBUKA KUOTA : PENUH 22 Julai 2025

KURSUS MICROSOFT EXCEL (BASIC/INTERMEDIATE)

Objektif utama kursus Microsoft Excel asas adalah untuk memberikan pemahaman mendalam tentang konsep asas spreadsheet, keupayaan untuk membuat formula asas, dan kemahiran memformat dan menggunakan lembaran kerja dengan berkesan. Selain itu, kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan laporan, carta, dan diagram menggunakan Microsoft Excel.

DAFTAR KURSUS
K_DS
DIBUKA KUOTA : 26 05 Ogos 2025

KURSUS JOURNALISM ON-THE-GO : TELLING STORIES WITH YOUR PHONE

Objektif: Memberi pendedahan menyeluruh serta memperkasakan kemahiran peserta dalam penghasilan kandungan media sosial yang berimpak tinggi menggunakan telefon pintar. Penyertaan daripada agensi luar atau individu dikenakan yuran penyertaan RM450.00

DAFTAR KURSUS
K_DS
DIBUKA KUOTA : 18 13 Ogos 2025

PENULISAN RENCANA & ARTIKEL KREATIF

Objektif : Meningkatkan kemahiran penulisan peserta dalam menghasilkan rencana dan artikel yang menarik, padat serta berimpak tinggi, melalui pendedahan kepada teknik dan gaya penulisan yang sesuai untuk pelbagai platform seperti majalah, blog, portal berita dan media sosial. Peserta juga akan diasah dari segi kreativiti dalam mencetuskan idea serta mengolah kandungan yang segar dan relevan dengan isu semasa, membangunkan struktur penulisan yang logik dan mudah difahami, serta memahami proses penyuntingan dan penilaian dari aspek bahasa, nada, dan ketepatan fakta bagi memastikan kualiti kandungan yang konsisten dan berkesan. Penyertaan daripada agensi luar atau individu dikenakan yuran penyertaan RM450.00

DAFTAR KURSUS

BENGKEL KHAS