Objektif : Meningkatkan kemahiran penulisan peserta dalam menghasilkan rencana dan artikel yang menarik, padat serta berimpak tinggi, melalui pendedahan kepada teknik dan gaya penulisan yang sesuai untuk pelbagai platform seperti majalah, blog, portal berita dan media sosial. Peserta juga akan diasah dari segi kreativiti dalam mencetuskan idea serta mengolah kandungan yang segar dan relevan dengan isu semasa, membangunkan struktur penulisan yang logik dan mudah difahami, serta memahami proses penyuntingan dan penilaian dari aspek bahasa, nada, dan ketepatan fakta bagi memastikan kualiti kandungan yang konsisten dan berkesan. Penyertaan daripada agensi luar atau individu dikenakan yuran penyertaan RM450.00