i) Meningkatkan kesedaran individu terhadap penyakit 3 serangkai sebagai ancaman kesihatan senyap yang boleh menjejaskan kualiti hidup, emosi dan produktiviti kerja. ii) Memberi kefahaman tentang kesan langsung kepada organisasi, termasuk peningkatan cuti sakit, penurunan prestasi, risiko kemalangan kerja dan kos rawatan jika kesihatan pekerja tidak diurus secara berkesan.