GALERI

Kursus "Basic Occupational First Aid" (BOFA)

Rawatan awal bagi sebarang kecemasan sangat penting untuk diberikan kepada mangsa. Oleh itu, satu kursus bertajuk "Basic Occupational First Aid" (BOFA) telah diadakan pada 17 sehingga 18 Julai 2024, bertempat di Bilik Latihan, Tingkat 12, Wisma BERNAMA. Seramai 28 orang peserta yang dipilih sebagai Ahli Pertolongan Cemas ('First-aider') BERNAMA telah menyertai kursus ini. Encik Mohd Fahmi bin Mohd Yusof dan Encik Muhammad Syarifuddin Bin Johan (CPR & AED Trainer dari CERT Academy Sdn. Bhd) merupakan pengendali bagi kursus ini.