Basic atau lebih dikenali sebagai RCoC-B telah berlangsung selama lima hari, dari 14 sehingga 18 Oktober 2024 di Akademi AirAsia Drone, Brickfields bagi sesi teori dan di padang YMCA bagi latihan secara praktikal. Selain peserta dari BERNAMA terdapat juga beberapa peserta dari agensi media dan syarikat swasta yang lain.
Kursus ini bertujuan untuk melatih dan melahirkan juruterbang dron yang berkualiti dan kompeten. Peserta juga berpeluang untuk menerima sijil yang telah diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).