GALERI

Kursus Mengenali Potensi Diri

Mengenali potensi diri dapat meningkatkan motivasi individu agar yakin dengan kemampuan diri untuk lebih berdaya saing dalam melakukan tugasan harian. Namun begitu, proses ini memerlukan kemahiran dan pemahaman yang baik. Oleh itu, satu kursus bertajuk 'Mengenali Potensi Diri' telah dijalankan pada 1 Ogos 2024, bertempat di Bilik Latihan, Tingkat 12, Wisma BERNAMA. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Affendy Shamsuddin (Pegawai Psikologi & Kaunselor, Kementerian Komunikasi) dan En. Amiruddin Abdul Karim (Penolong Pengarah, JPA)