Satu taklimat bertajuk ‘KWSP & Anda’ telah dijalankan pada hari ini (22 Ogos 2024), bertempat di Bilik Latihan, Tingkat 12, Wisma BERNAMA dan dikendalikan oleh Puan Norhikmatul Hakim Binti Othman (Head Relationship & Advisory (RA) KWSP Wangsa Maju).
Objektif utama taklimat adalah memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam tentang faedah KWSP, termasuk cara-cara untuk menyimpan, mengurus, dan mengeluarkan wang mereka. Ini penting untuk memastikan mereka mematuhi peraturan dan memanfaatkan faedah yang disediakan.