Satu kursus bertajuk 'Literasi Aplikasi Google' telah dijalankan pada 26 sehingga 27 Ogos 2024, bertempat di Bilik Komputer, Tingkat 12, Wisma BERNAMA. Objektif utama kursus adalah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari dengan lebih terperinci mengenai salah satu alatan kecerdasan buatan (AI) iaitu 'Google' dan ia telah dikendalikan oleh Encik Mohd Farhan Mustafa Kamal (Pengurus Kanan, Jualan Penyiaran, Jabatan Komersil)