GALERI

Taklimat 'AI In the Newsroom'

Taklimat ini dikendalikan oleh En. Ashwad Ismail Ketua Pengarang Astro AWANI. Objektif taklimat ini adalah untuk membincangkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri kewartawanan seperti penulisan berita, penyuntingan kandungan dan analisis data. Selain itu, taklimat ini juga membincangkan cabaran yang timbul termasuk kebimbangan mengenai penggantian pekerjaan, etika kewartawanan seperti penyebaran maklumat palsu dengan penekanan bahawa AI berfungsi sebagai alat sokongan dan bukannya sebagai pengganti.