GALERI

Kursus Fotografi & Videografi Telefon Pintar

Kemajuan teknologi pada masa kini semakin berkembang dan ia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghasilkan pelbagai video dan gambar yang menarik dengan hanya menggunakan telefon pintar. Melihat kepada kepentingan kemahiran menggunakan peranti ini, satu kursus bertajuk 'Fotografi & Videografi Telefon Pintar' telah dijalankan pada 30 sehingga 31 Julai 2024, bertempat di Bilik Latihan, Tingkat 12 Wisma BERNAMA. Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Mahayudin Mohamad (Wartawan Foto, BERNAMA Digital Journalism)