GALERI

Pengacaraan, Protokol & Etiket

Satu kursus dalaman bertajuk ‘Pengacaraan, Protokol & Etiket’ telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Oktober 2023, bertempat di Bilik Latihan, Tingkat 12, Wisma BERNAMA. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Shahril Sarapudin yang merupakan seorang pengacara dan personaliti media di Malaysia. Objektif kursus ini adalah bagi meningkatkan kemahiran pengacaraan dalam majlis atau acara rasmi dan tidak rasmi, agar penyampaian lebih berkesan. Selain itu, pemahaman protokol dan etiket sosial juga dapat mengajar peserta tentang prosedur dan tatacara yang perlu dijadikan panduan dalam acara rasmi. Berikut merupakan rangkuman foto program yang telah dijalankan. Sila layari training.bernama.com untuk mendapatkan lebih banyak info.