GALERI

Kursus 'Cross Over/Stand Upper'

Keunikan sebuah penyampaian lintas langsung menjadi faktor untuk menarik perhatian penonton, selain maklumat yang ingin disampaikan itu mudah untuk difahami. Oleh itu,satu kursus bertajuk "Cross Over/Stand Upper" telah dijalankan pada 23 sehingga 24 Julai 2024, bertempat di Bilik Latihan, Tingkat 12, Wisma BERNAMA. Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh Pn Siti Nor Zanariah Nor Zin (Wartawan, Bahagian Penyiaran TV).