GALERI

Kursus Pemantapan Pengurusan Aset Bernama

Pada 6 - 8 Ogos 2024, telah diadakan kursus Pemantapan Pengurusan Aset Bernama untuk wakil aset di setiap jabatan, bahagian dan juga biro-biro. Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Azmi Abdul Manaf (Timbalan Ketua Program Perakaunan, Institut Perakaunan Negara (IPN)) Objektif kursus ini adalah untuk memastikan peserta dapat memantapkan pengetahuan berkaitan pengurusan aset dari aspek pendaftaran, pelupusan dan penjagaan yang lebih teratur, selain pengurusan risiko yang melibatkan aset di bawah jagaan.