GALERI

Kursus Pemantapan Bahasa Melayu Dalam Penulisan

Satu kursus bertajuk 'Pemantapan Bahasa Melayu Dalam Penulisan' telah dijalankan pada hari ini (20 Ogos 2024), bertempat di Pusat Kecemerlangan, Wisma BERNAMA. Kursus yang dikendalikan oleh Puan Nurul Julia Alani (Perancang Bahasa, Dewan Bahasa & Pustaka) ini merupakan medium kepada peserta untuk memperbaiki mutu penulisan berita pada masa akan datang dengan penguasaan Bahasa Melayu yang lebih mantap.